Thursday 16 October 2014

Budak Anje

alkisah tersebutlah sebuah kerajaan . tak payah bajet bajet la jah oi. mesti tertanya-tanya budak anje, pakwe ke? kekasih ke? gelap atau terang? kekasih pengarang sebuah karangan ke? jantung pisang ke? haha syok sendiri padahal orang sekilas pun tak tanya apatah lagi pandang blog gua. suke hati la.

budak anje yang sememangnya manje, tanje iye, anje semua nya dia . tahu kenapa budak yang bertuah sangat sangat nie adalah anak sedara gua yang umur dia baru je setahun 10 bulan. ceit siap tahu berapa bulan entah-entah mak dia sendiri pun tak ingat. haha. disebabkan umur dia dah nak dekat 2 tahun mak dia bersutuju untuk masukkan dia ke nursery bagi belajar la konon-kononnya. padahal dah mesti banyak main. haha no,no, actualy mak dia nak bagi dia berkawan kalau anta umah orang dia main sorang-sorang macamsedih pulak tengok anje.

lets get start ! cerita dia sepanjang kehidupan aku, aku hanya penah tengok budak-budak nangis meraung-raung macam histeria sebab tak nak pergi sekolah dan peluk kaki mak apak tak kasi diaorang balik rumah. kalau boleh mak apak nak duduksebelah belajar ABC balik sama macam kita. haha. nasib la aku waktu budak-budak baik gila pergi sekolah, kayuh basikal sendiri pastu beratur senang cita sangat tertib la. rasa nak lastik je statement nie. haha.

tapi lain pulak budak tanje anje ni. pergi sekolah naik motor . kemain suka dan riang super ring dia naik motor dapat pulak angin sepoi-sepoi bahasa. aku tipu! berabuk ade la. well KL. sampai je sekolah mak dia pun macam chill la bagi dia main dengan budak-budak kat situ sambil mak dia nak discuss pasal kemasukan pelajar sikat tepi yang baru budak anje. kau tahu apa jadi next ? mesti la tak tahu pura-pura tanya pulak aku, 

semua budak kat situ dah besar maybe 3 atau 4 tahun, semua orang keliling anak sedara aku ni. semua tengok aje dia main. budak tanje bukannye paham ape nampak mainan semua dia punggah habes, yang pasti dia sangat gembira bergelak ketawa. heaven gila kot dia rasa ade ramai kawan dan banyak permainan. 

okay dah tiba masa balik. mak dia ajak-ajak balik tak terkesan lansung kat dia.dia buat dont know je. budak anje ni pun nangis meraung -raung taknak balik. semua orang tengok dia nangis. dah cuba nak tipu dia naik motor dengan angin sepoi sepoi pun dia tak layan. adegen paling drama dia buat kat situ adalah dia peluk pagar tadika tu taknak balik. mak dia dah cuak dah. hehe terpaksa la menggunakan tenaga macam makan biskut tiger kat situ untuk angkat dia balik.

tak panggil anje pun sebenarnya nama dia irfan. oke admit yang dia dapat cantas kecomelan gua. rasa nak lastik je. 

doa aku semuga sentiasa dilindungi Allah jadi anak soleh untuk ibu ayah engkau. jadi yang berguna untuk agama. amin.

 rasa -rasa dia nangis tak bila besar nanti baca blog aku. huwaaaa! rasa nak lastik lagi sekali je dahi aku.

nah aku belanja sikit gambar budak anje tapi macam biasa muka aku nampak mak cik mak cik:




note: baru 2 tahun tak paham lagi apa itu sekolah jadi suka dekat sekolah. jadi jangan lah kita momok-momokkan budak-budak dengan cikgu garang kat sekolah.

Thursday 21 August 2014

PLAGIARISM

Bermula la ayat-ayat aku muncul semula kat blog ni stelah hampir setahun aku tak menulis apa-apa pun. ntah kenapa tibe-tibe aku teringat kat blog nie. ikutkan hati nak tanam je bolg ni, gara-gara tak bersemangat lagi nak bercerita.
tapi sekarang teman udah ade  cerita  nak dicelotehan.

Cerita yang aku nak bangkitkan hari ini ialah plagiarism. ape tu?? dulu waktu baru tahu pun macam seram aje bunyi dia. padahal aku jer yang macam baru tahu benda ape kebendenye.  plagirism nie merupakan salah laku dengam amik kerja orang for example copy and paste. tulah benda alah nie yang buat aku semakin tabah menghadapi ujian pada masa akan datang.

Tersebut la kisah dimana hari terakhir kena submit asssignment satu subject ni. ala-ala addmath gitu. Cuma nak bagitahu yang makluk yang jenis tak pernah nak siapkan assignment event cover page ni pun masih wujud lagi tahu?. nama pun last minute cerita dia meniru la. dan dia meniru paper aku.

Aku ni sedar lah tak bijak mane tapi kalau bab math nie for sure aku selalu cuai sangat. tapi dia yang nak meniru nie pun bijak jugak dia tiru solan senang yang dia rasa boleh jawab. aku pun sebab soalan tu semua orang boleh jawab so aku terpaksa lah memberi tiru. Aku selaku perempuan sebenarnya manalah nak ade orang tiru aku tapi sebab yang nak meniru tu lelaki apelah boleh dikata. when lecturer announced that my name are related to this plagiarism case depan kelas buat aku malu gila, habes maruah aku sebagai student skema poyo gile tercemar.

Climax nie. tapi kuasa Allah manalah boleh dilawan akhirnya kantoi meniru disebabkan kesalahan yang aku buat pun dia tiru juga. lecturer dapat sahkan kiteorang meniru disebabkan kesalahan yang sama dan soalan yang paling mudah iaitu bahagi aje. soalan nombor satu yang salah mana tak namapak plagiarism nye. 

Menangis lah sob. sob dalam hati. "disebabkan ade kawan-kawan malu pulak rasenye nak menangis." feeling aku waktu tu rasa macam bengang tapi dengan harapan kalau budak tu mengaku akan menerangkan segalanya. "kebetulan budak tu tak datang hari tu". 

Besoknya pun tiba, tak datang budak tu, aku rasa macam malang sangat nasib aku. tapi dah sejam kelas muncul lah budak tu "rase macam sinar bahagia mula menerjah" haha. Habis kelas kiteorang kena panggil, kawan-kawan aku dah janji nak support aku. Cun!  tapi aku telah disahkan tidak bersalah nasib budak tu mengaku tapi masalahnye markah aku dari bahagian yang dia tiru tu terpaksa dipotong. Around 7 marks like that. sebab atas alasan aku yang memberi tiru. tapi aku terpaksa ! terpaksa tahu? hancurnye hati aku baru je nak merasa bau-bau A. 

Rasa macam tak seronok sangat, sedih, speechless, rasa macam dunia sedang menghukum aku buat aku terdiam dari berfikir. Akhirnya aku berfikir bahawa ini adalah balasan dari dosa aku yang aku buat kat kawan aku. sebab aku terlalu fikir satu soalan aku rasa aku sorang aje yang boleh jawab dan aku taknak ajar diaorang."konon-konon nak markah lebih dari kawan-kawan" At the end aku yang kena tolak markah and all my friends got A. bernanah betol hati aku bila terfikir dan teringat tapi bila aku tahu salah aku syok sendiri  aku redha. tahu tak feeling aku kalau bagi makanan paling sedap dalam dunia pun aku pandang sepi. letak lelaki hensem pun pun aku tumbuk muka dia. feeling kat subject tu lansung takde, hilang dalam macam kalau dapat kosong pun aku dah tak berminat lagi. "nie antara subjek yang aku suka dulunya."

Solution ,aku berfikir dan baca blog-blog yang membina. Dan yang membuat hati aku makin kental adalah kawan-kawan aku tak bagi kata-kata semangat pun melainkan "kesian kau" and " kau nie jenis orang tak boleh terima kenyataan salah kau" okay ! ni buat aku speechless dan aku macam terus takde perasaan. 

Satu lagi aku ada baca yang niat kita dalam semua perkara kerana Allah mesti sesuatu perkara tu tak menjadi perkara yang sia-sia. Insya Allah. so sekarang aku praktikkan benda tu dalam hidup aku, buat aku lebih kental lagi. mean kalau ade rezeki dapat kalau tak dapat takde la nak menangis meraung-raung lagi. 
itulah cerita sekental hati untuk terus hidup. buat aku tabah, kental untuk menerima ujian mendatang.

Pengajaran penting " KALAU ORANG NAK COPY & PASTE JAWAPAN JANGAN PERNAH BENARKAN" "HATI KAU PERLU KENTAL UNTUK HADAP MACAM-MACAM PERANGAI KAT DUNIA NI" 
Salah aku ni bagi aku hikmah dan hopefully berguna untuk korang yang tengah sambung blaja tu.
 oke for next time for sure aku akan berceloteh lagi tentang hidup di universiti swasta. Sekian.