Thursday 21 August 2014

PLAGIARISM

Bermula la ayat-ayat aku muncul semula kat blog ni stelah hampir setahun aku tak menulis apa-apa pun. ntah kenapa tibe-tibe aku teringat kat blog nie. ikutkan hati nak tanam je bolg ni, gara-gara tak bersemangat lagi nak bercerita.
tapi sekarang teman udah ade  cerita  nak dicelotehan.

Cerita yang aku nak bangkitkan hari ini ialah plagiarism. ape tu?? dulu waktu baru tahu pun macam seram aje bunyi dia. padahal aku jer yang macam baru tahu benda ape kebendenye.  plagirism nie merupakan salah laku dengam amik kerja orang for example copy and paste. tulah benda alah nie yang buat aku semakin tabah menghadapi ujian pada masa akan datang.

Tersebut la kisah dimana hari terakhir kena submit asssignment satu subject ni. ala-ala addmath gitu. Cuma nak bagitahu yang makluk yang jenis tak pernah nak siapkan assignment event cover page ni pun masih wujud lagi tahu?. nama pun last minute cerita dia meniru la. dan dia meniru paper aku.

Aku ni sedar lah tak bijak mane tapi kalau bab math nie for sure aku selalu cuai sangat. tapi dia yang nak meniru nie pun bijak jugak dia tiru solan senang yang dia rasa boleh jawab. aku pun sebab soalan tu semua orang boleh jawab so aku terpaksa lah memberi tiru. Aku selaku perempuan sebenarnya manalah nak ade orang tiru aku tapi sebab yang nak meniru tu lelaki apelah boleh dikata. when lecturer announced that my name are related to this plagiarism case depan kelas buat aku malu gila, habes maruah aku sebagai student skema poyo gile tercemar.

Climax nie. tapi kuasa Allah manalah boleh dilawan akhirnya kantoi meniru disebabkan kesalahan yang aku buat pun dia tiru juga. lecturer dapat sahkan kiteorang meniru disebabkan kesalahan yang sama dan soalan yang paling mudah iaitu bahagi aje. soalan nombor satu yang salah mana tak namapak plagiarism nye. 

Menangis lah sob. sob dalam hati. "disebabkan ade kawan-kawan malu pulak rasenye nak menangis." feeling aku waktu tu rasa macam bengang tapi dengan harapan kalau budak tu mengaku akan menerangkan segalanya. "kebetulan budak tu tak datang hari tu". 

Besoknya pun tiba, tak datang budak tu, aku rasa macam malang sangat nasib aku. tapi dah sejam kelas muncul lah budak tu "rase macam sinar bahagia mula menerjah" haha. Habis kelas kiteorang kena panggil, kawan-kawan aku dah janji nak support aku. Cun!  tapi aku telah disahkan tidak bersalah nasib budak tu mengaku tapi masalahnye markah aku dari bahagian yang dia tiru tu terpaksa dipotong. Around 7 marks like that. sebab atas alasan aku yang memberi tiru. tapi aku terpaksa ! terpaksa tahu? hancurnye hati aku baru je nak merasa bau-bau A. 

Rasa macam tak seronok sangat, sedih, speechless, rasa macam dunia sedang menghukum aku buat aku terdiam dari berfikir. Akhirnya aku berfikir bahawa ini adalah balasan dari dosa aku yang aku buat kat kawan aku. sebab aku terlalu fikir satu soalan aku rasa aku sorang aje yang boleh jawab dan aku taknak ajar diaorang."konon-konon nak markah lebih dari kawan-kawan" At the end aku yang kena tolak markah and all my friends got A. bernanah betol hati aku bila terfikir dan teringat tapi bila aku tahu salah aku syok sendiri  aku redha. tahu tak feeling aku kalau bagi makanan paling sedap dalam dunia pun aku pandang sepi. letak lelaki hensem pun pun aku tumbuk muka dia. feeling kat subject tu lansung takde, hilang dalam macam kalau dapat kosong pun aku dah tak berminat lagi. "nie antara subjek yang aku suka dulunya."

Solution ,aku berfikir dan baca blog-blog yang membina. Dan yang membuat hati aku makin kental adalah kawan-kawan aku tak bagi kata-kata semangat pun melainkan "kesian kau" and " kau nie jenis orang tak boleh terima kenyataan salah kau" okay ! ni buat aku speechless dan aku macam terus takde perasaan. 

Satu lagi aku ada baca yang niat kita dalam semua perkara kerana Allah mesti sesuatu perkara tu tak menjadi perkara yang sia-sia. Insya Allah. so sekarang aku praktikkan benda tu dalam hidup aku, buat aku lebih kental lagi. mean kalau ade rezeki dapat kalau tak dapat takde la nak menangis meraung-raung lagi. 
itulah cerita sekental hati untuk terus hidup. buat aku tabah, kental untuk menerima ujian mendatang.

Pengajaran penting " KALAU ORANG NAK COPY & PASTE JAWAPAN JANGAN PERNAH BENARKAN" "HATI KAU PERLU KENTAL UNTUK HADAP MACAM-MACAM PERANGAI KAT DUNIA NI" 
Salah aku ni bagi aku hikmah dan hopefully berguna untuk korang yang tengah sambung blaja tu.
 oke for next time for sure aku akan berceloteh lagi tentang hidup di universiti swasta. Sekian.